Saturday, 2 December 2017

Trip Santai Hatyai


Kali ni nak cerita pulak dekat korang pasal makan-makan dekat hatyai. Yang pasti memang Best! 
Trip tersangatlah santai. Pernah di iklankan dalam Astro Oasis dan Maya HD bagi percutian keluarga dan percutian hujung minggu. Nak tahu penerangan lebih lajut? Baca dibawah... 

Trip Ke Hatyai 3H2M ni dah lama taw wujud. Mungkin korang je yang tak tahu. Trip ni bermula dari KL Sentral pada Hari Jumaat malam. Hampir setiap minggu ada ke hatyai. 

Eh boleh tak kalau saya orang perak, kedah, nak ikut jugak? 
Jawapannya: Boleh je sayang. Asalkan korang boleh tunggu dekat mana-mana Rehat dan Rawat ( RNR ) yang berdekatan ataupun mana-mana tol yang bas boleh buat " U-Turn "dan yang sehaluan dengan Lebuhraya Selatan-Utara, kita gerak dari KL Sentral, so pandai-pandai lah nak naik dekat pickup point mana. hehehe 
Trip ni plak 3 hari 2 malam. Hari Jumaat malam tu gerak lebih kurang dalam pukul 10 malam berkumpul dekat KL Sentral. Selepas selesai korang daftar nama dekat tour leader trip, korang boleh lah bersantai-santai dulu sementara bas sampai. Mungkin boleh pergi beli roti, air ataupun makanan ringan yang lain sebagai bekal dalam bas nanti.

JOM MULAKAN PERJALANAN KITA KE HATYAI. 

Kita dijangka sampai dekat Padang Besar pada pukul 5.30 Pagi. Bagi muslimin dan muslimat boleh lah solat subuh dan nak mandi-mandi pun boleh. Lepas tu kita terus masuk ke sempadan cop passport. Cepat siap cepat lah boleh masuk sempadan Thailand. Mesti dah tak sabar wei heheheh

 Sementera Tunggu orang lain siap Cop Passport sempat lah kami semua posing2 sini.
Masa kita sampai pagi-pagi kita akan pergi ke Kilang Kacang Gajus dulu. Selalunya dekat sini orang banyak beli Paste Tomyam Kaw! Ramai yang cakap paste dia tu memang padu beb, Kalau bagi laki makan tomyam memang terus jatuh hati malam pertama. Sedap sangat. Hahaha Lepas tu dekat sini jugak korang boleh beli Kacang-kacang yang bermacam perisa. Kalau yang tak nak beli tu, korang boleh try percuma je kacang2 dalam balang tu, dah kenyang korang keluar lah hahahaha  Ada jugak yang akan beli Maggi Siam. Sedap jugak wei. Hehehhehe

 Suke ya akak dapat rasa kacang percuma? Hahaha
Lepas kita shopping dekat Kilang Kacang ni. Kita singgah dekat Nora Plaza plak. Kat Nora Plaza ni yang mak mak ayah ayah suka sangat lah. Sebab tempat barangan kulit. Harga dia boleh tahan jugak. So kalau adik-adik rasa poket tak berapa nak gemuk sangat, kita lepak kat luar sat. Sambil ambil gambar. Hahaha.

Lepas tunggu mak mak shopping,  Kita pergi hotel intai-intai kot dah boleh masuk hotel. Nah Nak share gambar hotel yang kitaorang selalu duduk dekat Hatyai. Tapi hotel ni bergantung pada keadaan semasa jugak. hehehehe


Pastu mandi-mandi solat semua baru kita keluar plak pergi ke next destinasi. Ke mana ya? Kita pegi Makan makan petang dekat Floating market plak. Heheheh

Bila sampai je dekat sini, Kitaorang memang akan berselfie welfie dulu dekat depan ni. Mula-mula ambil gambar group pastu baru lah tukar-tukar orang. Heheh Jangan tinggal tempat ni sebab nanti orang lain rampas. Susah dah kita nak ambil gambar hehehe



Seronok makan macam-macam dekat floating market, ada yang beli baju beli souvenir dan lain-lain. Makanan kat sini semua sedap. Nak makan apa semua ada. hehehe Rugi siapa tak follow trip ni. Best sangat! Mesti rasa nak repeat lagi. Tak caya cuba lah. =)

Next kami nak bawak korang pergi ke Kepala Naga terpisah dengan badan serta ekor nya. Lepas kita ke kepala naga, kita pegi pulak mengintai Ikan Duyung Seksi dekat Samila Beach.  Nak tengok tak macamna rupa dia? Hehehehe
Nak tengok kena scroll bawah ni dulu..

KEPALA NAGA DAN SAMILA BEACH

 

The Great Serpent Nag

Sang Naga ini dikatakan penjaga wilayah Selatan Thailand. Orang-orang dekat daerah ni menyebut dan mendeskripsikan tentang Sang Naga, The Great Serpent “Nag”. Penduduk selalu mengharapkan “The Nag” selamanya memberikan keberkatan rezeki, kebahagiaan, memberkati jiwa, raga dan pikiran dorang.
The Great Serpent Nag
Sang Naga seperti Dewa, menurut kepercayaan Penduduk dekat sini, naga ni adalah pelindung wilayah dorang. Replika Sang Naga selalu mengeluarkan air yang terus menerus keluar dari mulutnya. Air ini dipercaya selalu memberikan berkat yang melimpah kepada penduduk Selatan Thailand
Monumen/replika The Nag terletak di Wilayah Songkhla
Pada tahun 2006 walikota Songkhla, Mr.Utitt Chuchouy memutuskan untuk membina monument sang Naga dan meminta Mr.Montri sungmusikanon dari Universitas Thaksin untuk membinanya. Sang Naga dibagi menjadi 3 bagian, Kepala, Badan dan Ekor. Masing-masing bagian ditempatkan di tempat yang berbeza dan menjadi symbol.
salah satu bagian tubuh diletakkan di Samila Beach. Kepala melambangkan intelligence dan kebajikan, Tubuh (navel) melambangkan kemakmuran, Ekor meambangkan dari Charisma dan kekuatan dari seluruh penduduk.

Samila Beach ( Ikan Duyung)


Gambar kat atas tu kitaorang dekat Samila Beach

Ok ni kami nak cerita pulak pasal kisah puteri duyung yang datang dari laut pada satu malam yang indah. Semasa dia sedang bersihkan rambut dengan sisir emas kat pantai, ada seorang nelayan muda bertemu dengan dia. Tapi penampilannya membuatkan si duyung berasa takut dan melarikan diri ke laut. Maka, sang nelayan itu mula berusaha mencari dan menunggu si duyung sehinggalah muncul. Tapi malangnya nelayan itu tidak jumpa Puteri Duyung tu. Dan nelayan tu pun berasa sedih dan dia membina satu patung duyung yang separuh bogel itu. (Kisah Dongeng).




Nah korang nak tengok kan betapa seksinya Pulut ayam, pulut mangga dan udang sador hahahah... Kalau sekali tengok terus jatuh cinta berkali-kali. Hahahaha  Waktu malam dekat Hatyai memang best, Korang boleh jalan-jalan cari makanan dan boleh jugak shopping boleh jugak nak massage badan nak manicure dan pedicure pun murah kat sini. Rugi jugak sapa yang tak ikut heheheheh

Berminat Dengan Trip ni ? Whatsapp untuk booking www.wasap.my/601117628155/hatyai_blog

 

No comments:

Post a Comment

20 Tempat Menarik Di Krabi | Syurga Pencinta Pulau & Pantai Pasir Putih

Korang teringin bawa keluarga bercuti ke luar negara tapi tak mahu mengeluarkan wang yang banyak? Sawadikap! Mari kita ke Krabi! Sama ada i...