Friday, 1 December 2017

Singapore Daytrip Memenatkan???


SINGAPORE DAY TRIP



Pernah tak korang dengar Pakej Singapore Day Trip RM135? okey kalau tak pernah meh sini nak citer bagi korang kenal. orang kata " Tak kenal maka tak cinta, dah kenal terlebih cinta plak" hehehe. Tapi jgn pulak terjatuh cinta dengan abang2 tour leader dan hakak2 tour leader kita. yang tu kita tak jamin ya.❤



Trip ni wujud dari tahun 2013 lagi, tapi ramai yang tak tahu, dan ramai yang tak yakin dengan pakej ni. Betul ke RM135 boleh travel ke Singapore? betul lah korang! Kita tak tipu, Dulu kita nak penuhkan satu bas pun susah giler, buat trip ni pun sekali jer sebulan. Alhamdulillah masuk tahun 2017, trip ni dah jadi trip hujung minggu sebab setiap hujung minggu kita ada trip ke singapore dari Kuala Lumpur. 



Dengan Pakej serendah RM135 ni, Akak dan abang boleh bawak anak2 travel sama tanpa ganggu waktu kelas dorang, student pun boleh join sama, akak yang kerja goverment pun boleh join, tak perlu apply cuti taw. Sebab trip ni kita gerak hari Jumaat malam, dan balik pada Sabtu malam. Kita akan pickup korang semua dari KL Sentral, dan mana2 RnR yang berdekatan dengan tempat korang yang otw ke Johor. Contoh dia dekat RnR Nilai, Seremban, RnR Jejantas Ayer Keroh Melaka, Tol Ayer Keroh. Baca sampai habis ya, kita ada bercerita kat bawah macamana perjalanan trip ni.=)


(Trip ni bermula dari KL SENTRAL)


DAY 1


Pada Pukul 9.30 PM, Kita berkumpul di pintu masuk berhampiran ERL DEPARTURE, pintu dia berhadapan dengan "Bangunan Axiata". Jangan salah p tunggu pintu satu lagi hehehe

Gambar Sumber dari Google : Ni Tempat Kita Berkumpul

Selalunya kami akan sampai dalam pukul 11.00 malam pada malam kejadian hehehe. Kami akan buat semakan nama ahli rombongan yang datang dari seluruh negeri, bukan dari KL saja taw, ada yang dari Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Penang. Bagi ahli rombongan yang tinggal di Negeri Sembilan, Melaka, Johor, korang tak perlu ke KL Sentral untuk naik bas. Sebab kita akan ambil korang di RNR NILAI, RNR SEREMBAN, TOL AYER KEROH. So jangan risau lah yer. hahaha 

Tepat pukul 11.45 Malam, bas akan bertolak dari KL Sentral menuju ke Johor. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 5 Jam untuk sampai di Gelang Patah. So kitaorang ada masa lebih kurang 35 Minit sementara tunggu bas yang disewa khas untuk trip ini , so masa yang ada tu kita guna untuk berkenal- kenalan dengan rakan baru. Majoriti memang tak kenal satu sama lain. Tapi lepas trip memang ada lah yang sebak, sedih, tangis sebab baru je semalam kenal, esok malam dah nak berpisah. Korang tak percaya, Jom Join Trip ni.  

Bas yang berhawa dingin, memang selesa untuk anda.
Peaceeee yaww! 

Bas yang disediakan mestilah selesa, sejuk dia lain macam taw! hahaha Dia punya acc memang kalah peti ais kat rumah korang tu hehehe So bagi yang tak tahan sejuk, korang digalakkan untuk bawa selimut, sweater tebal atau bantal busyuk korang yang korang selalu buat teman tidur kat rumah tu. Kang ada plak yang meragam tak leh nak tidur sebab bantal busyuk xda hahahha Seterusnya kita akan singgah di RnR Nilai untuk Pickup Cik Adik dari Nilai ni. Trip kali ni hanya ada dua orang yang naik dekat Nilai.


Okey kita dah selamat ambil dua orang cik adik kita ni dari RnR Nilai. Dia dua ni je yang ikut Trip, tapi yang menghantar punya lah ramai, penuh satu kete Exora. hehehe Mak dia Ayah dia Abang dia, adik dia, Nasib baik dia xbawak sepupu sepapat dia jugak p hantar kat RnR Nilai hehehe . So lepas ni takda stop mana2 dah. Kita boleh sambung tidur dengan lena. Dah Jom. Zzzzzzzzzzzzz


Jom Kita tutup Lampu dan bersambung... 

DAY 2

Tepat Jam 5 Pagi kita sampai di RnR Gelang Patah, Crew akan mula kejutkan korang. Sorang2 kalau tdo tu memang macam2 pattern hahahah. Sampai dekat sini jer, korang akan diberikan masa untuk pergi Mandi, Solat Subuh. Dan pukul 5.30 am, ambil makanan yang telah disediakan. Sarapan pagi tu dah termasuk dalam harga Pakej RM135. Jimat lagi! hehehe

Menu Sarapan Pagi
Nasi Lemak + Telur Mata + Teh Tarik @ Teh 




Sekarang semua dah siap mandi, Solat Subuh. So korang tunggu lah jap sarapan pagi korang siap. Cepat nau korang siap mandi kan. hehehe .Menu Sarapan Pagi adalah Nasi Lemak dan Teh tarik atau Teh O Panas, kalau bagi korang yang tak biasa makan pagi. Korang boleh tapau masuk dalam bas. Kalau nak order air selain dari yang kita bagi tu. Order lah sendirian berhad yek hahahaha 

Siap sarapan pagi kita kena gerak dah sebab takut jem nanti di Imigresen. Kalau jem dekat sana lagi teruk sebab mesti sampai lambat. So rugi lah masa kita =) Dalam bas nanti Crew akan ajar macamana cara nak isi White Card/Departure/Arrival card. Semua kena bawak satu sorang pen. Tapi selalu je ada yang lupa bawak. =.='' Sepanjang perjalanan masuk ke Singapore tu, Local Guide akan bercerita sedikit sebanyak tentang sejarah Singapore dan apa yang ada di kiri dan kanan korang. 

Kita dijangka sampai di Singapore pada pukul 8.30 pagi. Korang akan diberikan sedikit taklimat ringkas, kalau sesat kat mana2 pun Insya Allah kita boleh jumpa. hehehe Ada taw yang sesat sebab tak ikut arahan kita, hahahha

Kita akan mulakan lawatan kita yang pertama ke Merlion Park, dimana menjadi salah satu tempat pelancongan yang tersohor di Singapore, dan korang wajib datang sini. Kalau pergi singapore tapi tak datang sini bermakna korang belum lagi sampai singapore.



Okey semua dah Check-In Kasut dekat Merlion Park ni, Jom kita pergi tempat lain plak. Tempat satu lagi ni kalau korang 1st time datang mesti teruja gila, tengok reka bentuk bangunan tinggi2, jambatan lama dan Sungai Singapore. Jom Layan gambar dibawah ni. 







Okey tempat kedua kita dah Check-In , mana nak pergi lepas ni? Kita nak bawak korang tempat yang lagi ohsem! kita nak lawat satu2 nya hutan taman yang wujud dalam bandar yang penuh dengan bangunan tinggi2. Nak tengok tak? Jom tengok kat bawah..

Okey ini dia..Garden By The Bay, merupakan Garden yang terbesar yang wujud dalam Singapore City ni. Sangat2 unik, nanti kita cter dalam trip ya hehehe





Okey We ollss dah jumping2 kat sini dah peluh2, apa kata kita balik pergi tempat lain plak. Korang jom Naik bas!! hahahaha Next Stop mana? okey scroll lagi kebawah. 

Lepas pergi ke Marina Bay Sand, kita nak pergi shopping lah plakk, korang mesti tak kan boleh sabar kalau bab2 shopping, jangan risau tak mahal pun, kalau macam baju tu 10 dollar dah dapat 4 helai, Mug 3 Dollar je satu, then key-Chain plak 25pcs 10dollar. So kalau korang tukar RM100 pun kita rasa dah cukup. Apa2 pun tepuk dada tanya selera ya korang hehehe





Selesai Shopping dan duit pun dah habis, mesti perot korang dah rasa lapar kan? Jom kita p makan Murtabak Singapore dan Nasi Beriani Singapore. Sedap tu tak yah cakap lah, Skali suap terangkat makkkk. hehehe Portion dia satu pinggan tu besar, kalau yang jenis makan banyak jenis abg2 sador kakak2 sador, mgkin cukup lah. kalau yang sedang2 korang kena kongsi. Sebab banyak. Kat sini lebih jimat lah korang. Jom kita tengok apa dorang ni makan=) 

Bagi Korang yang join trip ni tapi nak pergi ke Universal Studio Singapore, korang kena gerak dari Bugis Street ni lah, ambil taxi ke Sentosa Island, nati taxi tu akan bawak korang betul-betul bawah USS tu. Naik je tangga terus nampak GLOBE UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE tu. 


Nah kat bawah ni iolls payung gambar makanan yang kitaorang makan dekat Zam-Zam Restoran. Sedap gilaaaa beb..  Rugi kalau korang datang nak jimat bab makan dan tak cuba makanan sini.. hehehe













Biasanya bajet makan dari 5-7Sgd sahaja setiap sorang. Jangan convert taw, nanti sampai sudah korang  tak makan hehehhe anggap jer 5sgd tu RM5 kita hehehe. Perut dah kenyang hati pun riang, kita gi solat jamak takdim solat waktu asar dalam waktu zohor. Lepas siap solat Zohor kita gerak naik bas plak ke Sentosa Island.

Sampai je dekat Sentosa Island Kita akan lawat 3 Stesen utama iaitu WaterFront Station, Imbiah Station dan Beach Station. Kalau nasib baik memang semua tempat tu kita sempat pegi. Tapi bergantung pada masa semasa. 

So, sekarang kita nak bawak korang pergi ke Beach Station plak dalam Sentosa Island. Kat sini kita akan jalan kaki ataupun kalau bernasib baik boleh lah merasa naik tram untuk pergi ke Palawan Beach, panjat atas manara tinjau dan lihat pemandangan dari atas. 

Jom layan gambar dorang kat bawah ni dekat Beach Station. hehehehe






Lepas kita jalan-jalan kat tempat diatas, kita naik Ulat Bulu ( Train) ke Water Front Station untuk bergambar dekat Globe Universal Studio Singapore. Sini lah tempat yang korang tak sabar-sabar nak ambil gambar kan heheheh .

Korang akan diberikan masa selama satu jam untuk korang ambil gambar di kawasan tu. Boleh lah nak feeling-feeling masuk USS.  Bagi orang yang masuk USS pada pagi tadi dorang dah kena berkumpul dekat area globe berhadapan Garret Popcorn pada pukul 6.00 petang. 




 Lepas tu kita akan gerak naik bas untuk pergi ke Marina Bay Sand untuk melihat Pertunjukan Musik Air Berirama. Mesti best gila. Korang wajib pergi tengok hehehehe 

Pukul 9.00 Malam kita akan berkumpul di tempat yang akan diberitahu kemudian. Jangan lambat kalau lambat nanti lambat sampai KL Sentral . heheheh 

Nanti iolls belanja gambar dekat Marina Bay Sand dan bagi tengok air pancut yang sangat ohsem!


JOM KITA LIHAT APA KATA MEREKA? 


"Salam Afiq, Thanks for a wonderful singapore trip. Insya Allah nt saya ajak kawan2 saya join Perhentian awak. Again Thanks"








Nak ikut kita tak? kalau nak ikut boleh tekan link ni terus ya..



No comments:

Post a Comment

20 Tempat Menarik Di Krabi | Syurga Pencinta Pulau & Pantai Pasir Putih

Korang teringin bawa keluarga bercuti ke luar negara tapi tak mahu mengeluarkan wang yang banyak? Sawadikap! Mari kita ke Krabi! Sama ada i...