Korang teringin bawa keluarga bercuti ke luar negara tapi tak mahu mengeluarkan wang yang banyak? Sawadikap! Mari kita ke Krabi! Sama ada ini baru pertama kali korang sekeluarga ingin ke luar negara, ataupun sudah banyak ke negara lain, jangan dipejamkan sebelah mata dengan tarikan yang terdapat di negara jiran kita Thailand ini.
Krabi memiliki lebih daripada 200 buah pulau di sekitarnya, Krabi adalah salah satu daerah di Thailand yang terkenal dalam kalangan pelancong di seluruh dunia. Kalau ingin dibezakan kawasan lain di Thailand seperti di Phuket, Krabi adalah destinasi yang sesuai untuk korang lawati bersama keluarga kerana kawasan persekitarannya yang lebih mesra pelancong yang datang dalam pelbagai peringkat umur. Nak tahu kat mana destinasi-destinasi ini? Teruskan membaca senarai 20 tempat menarik di Krabi.
1. Railay beach
![]() |
Railey Beach, Krabi. |
Berpasir putih, air laut yang cukup jernih kebiru-biruan, dikelilingi pula dengan bukit-bukit batu kapur, bayangkanlah keindahan Railay Beach yang terletak di Krabi Town ini. Untuk menuju ke pantai indah ini korang perlu menaiki bot kerana pantai ini dipisahkan dari kawasan lain dengan bukit batu kapur.
Di samping memiliki pemandangan yang memukau untuk sekeluarga bersantai menenangkan fikiran, Railey Beach turut terkenal dalam kalangan wall climber kerana tebing-tebing yang terdapat di sekitarnya.
2. Thung Teao Forest Natural Park
![]() |
Emerald Pool |
Ini adalah sebuah destinasi yang wajib korang kena lawati bila berkunjung ke Thailand, Thung Teao Forest Natural Park. Apa yang menarik di hutan ini adalah kekayaan flora dan faunanya yang unik, mana tidak nya, Thung Teao Forest Natural Park adalah hutan dara yang tidak pernah dikacau oleh tangan manusia untuk sebarang bentuk pembangunan, pembalakan dan lain-lain.
Untuk meneroka kawasan rimba ini korang perlu menggunakan laluan semulajadi yang berkepanjangan sekitar 2.7 km. Apa yang menarik di dalam hutan ini adalah air terjunnya, namun tarikan yang paling terkenal di hutan ini adalah kolam kristalnya. Dinamakan kolam kristal kerana airnya yang begitu jernih. Yang bestnya lagi, air kolam ini agak suam, memang nikmatlah bermandi-manda di sini!
3. Klong Thom Hot Springs
![]() |
Klong Thom Hot Springs
|
4. Khao Khanab Nam
Apa yang menariknya di Khao Khanab Nam ni? Khao Khanab Nam adalah bukit yang memiliki gua-gua yang mengujakan dengan batuan stalakmit dan stalaktit terbentuk di dalamnya. Untuk menuju ke kawasan bukit ini korang perlu menaiki bot yang disediakan di Chao Fa Pier di Krabi, dan masa diambil untuk sampai ke sini adalah dalam sekitar 15 minit. Setelah sampai ke kawasan bukit korang boleh menaiki tangga untuk menuju ke gua-gua yang ada di sini.
Setelah puas menikmati keindahan bukit ini, jangan lepaskan peluang untuk menerokai keindahan kawasan paya bakau di Krabi dengan menaiki bot sebelum pulang. Dari kawasan paya ini korang dapat melihat kekayaan faunanya seperti monyet, ikan dan burung-burung yang berterbangan.
5. Susan Hoi
![]() |
Pantai yang unik |
Susan Hoi merupakan tapak fosil ataupun nama seramnya di dalam bahasa Inggeris shell cemetery yang berusia dalam 40 ke 25 juta tahun. Fosil-fosil ini terhasil apabila batu kapur yang datang daripada air pantai menyelaputi kerang, siput dan banyak lagi haiwan marin lain sehinggalah terbentuknya tapak fosil ini.
Kalau korang nak tahu, hanya 3 sahaja lokasi sebegini di peta dunia, iaitu di Jepun, Amerika Syarikat dan di Thailand iaitu Susan Hoi ini. Peluang yang sukar didapati, jadi, jangan sia-siakan masa korang di Krabi tanpa melihat di depan mata sendiri fosil-fosil purbakala ini.
6. The Four Islands – Lawatan dari pulau ke pulau
![]() |
Bot-bot di The Four Islands |
Sekiranya korang gemar bersnorkeling, apa kata kalau korang mengikuti lawatan snorkeling yang ditawarkan banyak agensi-agensi pelancongan di Krabi ini. Yang menariknya, pakej-pakej yang ditawarkan membawa korang ke bukan satu namun banyak pulau berdekatan seperti Ko Ngai, Ko Kradan, Ko Chueak, Ko Waen dan Ko Mook dalam masa sehari.
Bagi korang yang ingin meneroka Thailand sepuas hati, inilah caranya. Jangan lupa untuk membawa pakaian yang sesuai untuk aktiviti snorkeling dan sunblock!
7. Koh Panyi (Kampung Terapung Muslim)
![]() |
Kampung terapung Muslim |
Koh Panyi merupakan perkampungan nelayan yang majoriti penduduknya adalah Muslim. Di sini korang dapat melihat banyak kedai-kedai yang menjual cenderamata dan juga yang paling penting sekali kedai makan.
Bagi korang yang dah seharian berjalan tu, mailah ke Koh Panyi untuk menjamu selera, sedap-sedap juga makanan di sini. Yang menariknya lagi tentang Koh Panyi ini adalah kawasan bermain bola sepaknya yang juga terapung di atas air, memang unik!
8. Phra Nang Beach
![]() |
Phra Nang Beach |
Pantai yang berkepanjangan 450 meter ini, Phra Nang Beach, memiliki tanah yang sangat sedap dipijak, kehalusan pasirnya terasa seperti kulit kaki dimanja-manjakan. Air lautnya juga cukup tenang untuk korang sekeluarga bermandi-manda tanpa risau. Di samping itu, di sini juga korang boleh bersnorkeling untuk melihat batu-batu karang indah yang terdapat di dalam air. Sah! Phra Nang Beach adalah sebuah pantai yang sempurna seperti di dalam mimpi.
9. Nosey Parker’s Elephant Camp
![]() |
Menaiki gajah sambil menikmati permandangan |
Nosey Parker’s Elephant Camp adalah salah satu daripada kem trek gajah yang terkenal di Thailand. Yang menjadikan Nosey Parker’s Elephant Camp terkenal adalah kerana cara gajah-gajah di sini yang dilayan dengan penuh kasih-sayang.
Sekiranya korang mengikuti program di sini korang dapat merasa pengalaman yang agak mahal untuk ditukar ganti iaitu menaiki gajah untuk melihat keindahan alam semulajadi di sekitar seperti sungai dan hutan hijau yang menenangkan. Terasa seperti hidup di zaman dahulu waktu dimana gajah digunakan sebagai pengangkutan. Bila lagi nak merasa? Yang paling best sekali, korang akan dibawa melalui air sungai bersama gajah. Jangan lupa untuk merakam memori indah ini nanti!
10. Koh Lanta
![]() |
Rumah Api Koh Lanta |
Koh Lanta terdiri daripada beberapa buah pulau namun yang paling terkenal adalah Koh Lanta Yai yang memiliki air laut yang tenang dan pemandangan yang begitu mengasyikkan. Di sini korang boleh menyelam untuk melihat panorama dalam air yang agak jelas. Aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini adalah berkayak di kawasan paya bakau yang terdapat berdekatan pulau.
11. Koh Klang
Koh Klang merupakan sebuah pulau kecil yang dikelilingi oleh paya bakau, sungai dan Laut Andaman. Sekiranya korang mengidamkan suasana kampung yang sebenar, inilah lokasinya. Sebahagian besar kawasan tanah di pulau ini ditanami dengan sawah padi dan kereta pula tidak dibenarkan sama sekali digunakan di sini, mana tak klasik suasananya kan?
Di samping itu, di pulau yang majoritinya adalah masyarakat Muslim ini, mudahlah untuk korang mencari makanan-makanan enak yang halal di sini. Bukan itu sahaja sebab untuk korang melawat pulau indah ini, Koh Klang juga adalah antara destinasi terkenal untuk aktiviti memerhati burung. Pertandingan nyanyian burung sering diadakan di sini. Selain itu, korang juga boleh melihat pembuatan batik yang penuh warna-warni dihasilkan oleh masyarakat di sini.
12. Khao Ngon Nak Viewpoint
![]() |
Permandangan dari bukit yang mengujakan |
Bagi korang yang berbadan fit tu jom cuba mendaki bukit Khao Ngon Nak. Pendakian bukit ini agak mencabar, namun korang akan sentiasa ditemani dengan keindahan flora dan fauna yang indah dan agak eksotik. Perjalanan untuk menuju ke puncak bukit yang berketinggian 565 meter dari aras laut ini mengambil masa sekitar 2 jam.
Sekiranya korang merancang untuk mendaki bukit ini, pastikan korang datang di awal pagi untuk mengelakkan pancaran matahari dan sebolehnya juga jangan mula mendaki selepas pukul 2 petang, dah gelap nanti macam mana nak balik? Tapi apa salahnya, dapatlah korang menikmati pemandangan yang mengasyikkan di atas puncak lebih lama.
Panorama indah yang disajikan boleh membeliakkan mata korang, dikelilingi oleh pulau-pulau yang terkenal di seantero dunia, sudah pasti pemandangannya tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.
13. Tha Lane Bay
![]() |
Menyusuri kawasan teluk melihat permandangan |
Tha Lane Bay adalah salah sebuah kawasan paya bakau yang terindah di Thailand. Kawasan teluk yang dikelilingi oleh bukit batu kapur ini turut kaya dengan pelbagai jenis flora dan fauna. Tha Lane Bay juga merupakan destinasi yang terkenal untuk korang yang sukakan aktviti berkayak.
14. Hong Islands
![]() |
Homg Island |
Hong Islands merupakan gugusan 4 buah pulau yang dimiliki oleh National Marine Park. Hong Islands adalah antara kawasan pulau yang memiliki lanskap yang terindah di Krabi. 4 buah pulau di dalam Hong Islands adalah Koh Hong, Koh Lahding, Koh Pakbia dan Koh Rai.
Koh Hong adalah pulau yang tidak berpenghuni namun dihidupkan dengan kewujudan pelbagai jenis fauna termasuklah burung-burung dan biawak. Koh Lahding pula adalah sebuah pulau indah yang menempatkan kem sarang burung.
15. Tup Island
![]() |
Tub Island |
Air yang cetek, penuh dengan ikan yang cantik, Tup Island adalah destinasi yang cukup ideal bagi korang yang datang bersama keluarga. Bersnorkeling di sini memang bestlah! Pemandangan di kawasan sekitar pantai juga tidak mengecewakan, sangat menyejukkan mata.
Namun begitu, disebabkan ramai yang memiliki fikiran yang sama bahawa Tup Island ini adalah pulau yang cukup mempesonakan, ia boleh menjadi agak sibuk dengan kedatangan pelancong terutama pada musim cuti. Jadi, rancanglah perjalanan korang sebaik mungkin untuk memaksimakan keseronokan korang sekeluarga di Krabi.
16. Maya Bay
![]() |
Maya Bay |
Dunia atau syurga? korang pasti tertanya-tanya sendiri soalan ini apabila melawati Maya Bay, sebuah kawasan perairan teluk yang mampu membuat korang sekeluarga terlentang di pasir kerana begitu terpesona dengan keindahannya. Dikelilingi oleh tebing-tebing tinggi di sekitarnya, di dalam kawasan teluk ini terdapat beberapa buah pantai yang kecil dengan pasir putih dan air laut yang jernih.
Jangan lepaskan peluang untuk bersnorkeling di sini kerana korang dapat menyaksikan panorama bawah air yang sukar dilupakan, batu-batu karang yang berwarna-warni dan hidupan laut yang eksotik. Jangan lupa untuk membawa kamera kalis air ya!
17. Ko Poda
![]() |
Koh Poda |
Sebaik korang turun daripada bot apabila sampai ke pualu Ko Poda, korang perlu berjalan kaki dalam 10 ke 15 minit untuk sampai ke kawasan yang lebih tenang daripada keriuhan pelancong lain. Keindahan pulau ini juga cukup memukau dengan air yang jernih dan suhu yang selesa untuk bermandi-manda dan bersnorkeling.
Jika korang berjalan sehingga ke hujung pantai korang dapat menikmati pemandangan pulau-pulau lain yang berdekatan seperti Koh Tub dan Koh Kai, sangat mengujakan! Di sini juga terdapat gerai-gerai yang menjual makanan seperti jagung bbq dan air kelapa. Apa lagi cara terbaik untuk menikmati keindahan alam kalau bukan sambil menjamu selera.
18. Phang Nga Bay
![]() |
Phang Nga Bay |
Phang Nga Bay adalah kawasan teluk yang menawarkan pemandangan yang agak berbeza ketika air surut dan air pasang yang mana ketika air pasang, gua-gua yang terdapat di sini akan ditenggelami air.
Oleh itu, sekiranya korang ingin menikmati pemandangan yang lebih indah, datanglah ketika air sedang surut. Yang membezakan Phang Nga Bay dengan tarikan lain di Krabi adalah tebing batu kapurnya yang kelihatan seperti timbul dari air. Cukup unik!
19. Wareerak Hot Spring Spa
![]() |
Wareerak Hot Spring Spa |
Setelah puas menjelajahi sekitar Thailand, manjakanlah badan korang dengan rawatan spa yang ditawarkan di Wareerak Hot Spring Spa. Terletak di dalam ketenangan alam rimba dan jauh dari gangguan kota, rawatan spa di sini bukan sahaja dapat melegakan badan, malahan juga fikiran. Sekiranya korang mendapatkan rawatan spa penuh yang ditawarkan Wareerak, korang akan menerima urutan Thai satu badan yang cukup memuaskan.
Di samping itu, korang akan disajikan dengan makanan tengahari yang organik dan menyelerakan. Termasuk di dalam pakej ini juga adalah mandian di dalam kolam-kolam dengan suhu air yang berbeza, yoga Thai, sesi membuat kraftangan Thai dan waktu untuk bersantai di kawasan sekitar yang mendamaikan jiwa. Cukup sempurna!
20. Ton Pariwat Wildlife Sanctuary
![]() |
Water Rafting Ton Pariwat Wildlife Sanctuary |
Ton Pariwat Wildlife Sanctuary merupakan salah satu tempat menarik di Krabi yang terletak di Song Phraek dan meliputi kawasan rimba yang berkeluasan 100,000 hektar. Bagi pencinta alam, jangan sia-siakan kedatangan korang ke Thailand tanpa menerokai rimba ini. Hutan simpan ini menyediakan laluan berjalan kaki berkepanjangan 2 km.
Yang menariknya, sepanjang perjalanan ini korang dapat menyaksikan dengan lebih dekat bunga Rafflesia yang juga merupakan bunga eksotik yang terbesar di dunia, tapi kalau nak lagi best, datanglah pada waktu ketika bunga ini berkembang yang kebiasaannya pada akhir musim hujan dalam bulan Oktober.
Di samping bunga ini, sepanjang perjalanan ini juga korang akan dapat melihat kawasan-kawasan memerhati burung, jadi jangan lupa untuk membawa teropong jika ke sini.
Kesimpulannya Krabi adalah destinasi yang wajib, harus dan mesti dilawati sekali dalam seumur hidup. Apa ditunggu-tunggu lagi? Sudah tahu kemana nak dituju di Krabi nanti kan? Cuma satu langkah sahaja lagi yang korang perlu lakukan sebelum mengajak keluarga korang berpacking, apa lagi kalau bukan untuk menempah pakej, nak tahu di mana korang boleh mendapatkan harga pakej yang murah? Tekan sahaja link ini www.wasap.my/601117628155/krabi untuk pakej bajet ke Krabi.
Akhir kata, semoga korang dan keluarga mendapat sebuah percutian yang terindah di Krabi! Jangan lupa untuk makan Tom Yam di sana, memang kaw punyalah!
No comments:
Post a Comment