Wednesday, 20 December 2017

20 Tempat Menarik Di Krabi | Syurga Pencinta Pulau & Pantai Pasir Putih

Korang teringin bawa keluarga bercuti ke luar negara tapi tak mahu mengeluarkan wang yang banyak? Sawadikap! Mari kita ke Krabi! Sama ada ini baru pertama kali korang sekeluarga ingin ke luar negara, ataupun sudah banyak ke negara lain, jangan dipejamkan sebelah mata dengan tarikan yang terdapat di negara jiran kita Thailand ini.

Krabi memiliki lebih daripada 200 buah pulau di sekitarnya, Krabi adalah salah satu daerah di Thailand yang terkenal dalam kalangan pelancong di seluruh dunia. Kalau ingin dibezakan kawasan lain di Thailand seperti di Phuket, Krabi adalah destinasi yang sesuai untuk korang lawati bersama keluarga kerana kawasan persekitarannya yang lebih mesra pelancong yang datang dalam pelbagai peringkat umur. Nak tahu kat mana destinasi-destinasi ini? Teruskan membaca senarai 20 tempat menarik di Krabi. 

1. Railay beach

Railey Beach, Krabi.
Berpasir putih, air laut yang cukup jernih kebiru-biruan, dikelilingi pula dengan bukit-bukit batu kapur, bayangkanlah keindahan Railay Beach yang terletak di Krabi Town ini. Untuk menuju ke pantai indah ini korang perlu menaiki bot kerana pantai ini dipisahkan dari kawasan lain dengan bukit batu kapur.
Di samping memiliki pemandangan yang memukau untuk sekeluarga bersantai menenangkan fikiran, Railey Beach turut terkenal dalam kalangan wall climber kerana tebing-tebing yang terdapat di sekitarnya.

2. Thung Teao Forest Natural Park

Emerald Pool

Ini adalah sebuah destinasi yang wajib korang kena lawati bila berkunjung ke Thailand, Thung Teao Forest Natural Park. Apa yang menarik di hutan ini adalah kekayaan flora dan faunanya yang unik, mana tidak nya, Thung Teao Forest Natural Park adalah hutan dara yang tidak pernah dikacau oleh tangan manusia untuk sebarang bentuk pembangunan, pembalakan dan lain-lain.
Untuk meneroka kawasan rimba ini korang perlu menggunakan laluan semulajadi yang berkepanjangan sekitar 2.7 km. Apa yang menarik di dalam hutan ini adalah air terjunnya, namun tarikan yang paling terkenal di hutan ini adalah kolam kristalnya. Dinamakan kolam kristal kerana airnya yang begitu jernih. Yang bestnya lagi, air kolam ini agak suam, memang nikmatlah bermandi-manda di sini!

3. Klong Thom Hot Springs


Klong Thom Hot Springs

4. Khao Khanab Nam


Apa yang menariknya di Khao Khanab Nam ni? Khao Khanab Nam adalah bukit yang memiliki gua-gua yang mengujakan dengan batuan stalakmit dan stalaktit terbentuk di dalamnya. Untuk menuju ke kawasan bukit ini korang perlu menaiki bot yang disediakan di Chao Fa Pier di Krabi, dan masa diambil untuk sampai ke sini adalah dalam sekitar 15 minit. Setelah sampai ke kawasan bukit korang boleh menaiki tangga untuk menuju ke gua-gua yang ada di sini.
Setelah puas menikmati keindahan bukit ini, jangan lepaskan peluang untuk menerokai keindahan kawasan paya bakau di Krabi dengan menaiki bot sebelum pulang. Dari kawasan paya ini korang dapat melihat kekayaan faunanya seperti monyet, ikan dan burung-burung yang berterbangan.

5. Susan Hoi

Pantai yang unik

Susan Hoi merupakan tapak fosil ataupun nama seramnya di dalam bahasa Inggeris shell cemetery yang berusia dalam 40 ke 25 juta tahun. Fosil-fosil ini terhasil apabila batu kapur yang datang daripada air pantai menyelaputi kerang, siput dan banyak lagi haiwan marin lain sehinggalah terbentuknya tapak fosil ini.
Kalau korang nak tahu, hanya 3 sahaja lokasi sebegini di peta dunia, iaitu di Jepun, Amerika Syarikat dan di Thailand iaitu Susan Hoi ini. Peluang yang sukar didapati, jadi, jangan sia-siakan masa korang di Krabi tanpa melihat di depan mata sendiri fosil-fosil purbakala ini.

6. The Four Islands – Lawatan dari pulau ke pulau

Bot-bot di The Four Islands
Sekiranya korang gemar bersnorkeling, apa kata kalau korang mengikuti lawatan snorkeling yang ditawarkan banyak agensi-agensi pelancongan di Krabi ini. Yang menariknya, pakej-pakej yang ditawarkan membawa korang ke bukan satu namun banyak pulau berdekatan seperti Ko Ngai, Ko Kradan, Ko Chueak, Ko Waen dan Ko Mook dalam masa sehari.
Bagi korang yang ingin meneroka Thailand sepuas hati, inilah caranya. Jangan lupa untuk membawa pakaian yang sesuai untuk aktiviti snorkeling dan sunblock!

7. Koh Panyi (Kampung Terapung Muslim)

Kampung terapung Muslim
Koh Panyi merupakan perkampungan nelayan yang majoriti penduduknya adalah Muslim. Di sini korang dapat melihat banyak kedai-kedai yang menjual cenderamata dan juga yang paling penting sekali kedai makan.
Bagi korang yang dah seharian berjalan tu, mailah ke Koh Panyi untuk menjamu selera, sedap-sedap juga makanan di sini. Yang menariknya lagi tentang Koh Panyi ini adalah kawasan bermain bola sepaknya yang juga terapung di atas air, memang unik!

8. Phra Nang Beach

Phra Nang Beach
Pantai yang berkepanjangan 450 meter ini, Phra Nang Beach, memiliki tanah yang sangat sedap dipijak, kehalusan pasirnya terasa seperti kulit kaki dimanja-manjakan. Air lautnya juga cukup tenang untuk korang sekeluarga bermandi-manda tanpa risau. Di samping itu, di sini juga korang boleh bersnorkeling untuk melihat batu-batu karang indah yang terdapat di dalam air. Sah! Phra Nang Beach adalah sebuah pantai yang sempurna seperti di dalam mimpi.

9. Nosey Parker’s Elephant Camp

Menaiki gajah sambil menikmati permandangan 
Nosey Parker’s Elephant Camp adalah salah satu daripada kem trek gajah yang terkenal di Thailand. Yang menjadikan Nosey Parker’s Elephant Camp terkenal adalah kerana cara gajah-gajah di sini yang dilayan dengan penuh kasih-sayang. 
Sekiranya korang mengikuti program di sini korang dapat merasa pengalaman yang agak mahal untuk ditukar ganti iaitu menaiki gajah untuk melihat keindahan alam semulajadi di sekitar seperti sungai dan hutan hijau yang menenangkan. Terasa seperti hidup di zaman dahulu waktu dimana gajah digunakan sebagai pengangkutan. Bila lagi nak merasa? Yang paling best sekali, korang akan dibawa melalui air sungai bersama gajah. Jangan lupa untuk merakam memori indah ini nanti!

10. Koh Lanta

Rumah Api Koh Lanta
Koh Lanta terdiri daripada beberapa buah pulau namun yang paling terkenal adalah Koh Lanta Yai yang memiliki air laut yang tenang dan pemandangan yang begitu mengasyikkan. Di sini korang boleh menyelam untuk melihat panorama dalam air yang agak jelas. Aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini adalah berkayak di kawasan paya bakau yang terdapat berdekatan pulau.

11. Koh Klang


Koh Klang merupakan sebuah pulau kecil yang dikelilingi oleh paya bakau, sungai dan Laut Andaman. Sekiranya korang mengidamkan suasana kampung yang sebenar, inilah lokasinya. Sebahagian besar kawasan tanah di pulau ini ditanami dengan sawah padi dan kereta pula tidak dibenarkan sama sekali digunakan di sini, mana tak klasik suasananya kan?
Di samping itu, di pulau yang majoritinya adalah masyarakat Muslim ini, mudahlah untuk korang mencari makanan-makanan enak yang halal di sini. Bukan itu sahaja sebab untuk korang melawat pulau indah ini, Koh Klang juga adalah antara destinasi terkenal untuk aktiviti memerhati burung. Pertandingan nyanyian burung sering diadakan di sini. Selain itu, korang juga boleh melihat pembuatan batik yang penuh warna-warni dihasilkan oleh masyarakat di sini.

12. Khao Ngon Nak Viewpoint

Permandangan dari bukit yang mengujakan
Bagi korang yang berbadan fit tu jom cuba mendaki bukit Khao Ngon Nak. Pendakian bukit ini agak mencabar, namun korang akan sentiasa ditemani dengan keindahan flora dan fauna yang indah dan agak eksotik. Perjalanan untuk menuju ke puncak bukit yang berketinggian 565 meter dari aras laut ini mengambil masa sekitar 2 jam.
Sekiranya korang merancang untuk mendaki bukit ini, pastikan korang datang di awal pagi untuk mengelakkan pancaran matahari dan sebolehnya juga jangan mula mendaki selepas pukul 2 petang, dah gelap nanti macam mana nak balik? Tapi apa salahnya, dapatlah korang menikmati pemandangan yang mengasyikkan di atas puncak lebih lama.
Panorama indah yang disajikan boleh membeliakkan mata korang, dikelilingi oleh pulau-pulau yang terkenal di seantero dunia, sudah pasti pemandangannya tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.

13. Tha Lane Bay

Menyusuri kawasan teluk melihat permandangan
Tha Lane Bay adalah salah sebuah kawasan paya bakau yang terindah di Thailand. Kawasan teluk yang dikelilingi oleh bukit batu kapur ini turut kaya dengan pelbagai jenis flora dan fauna. Tha Lane Bay juga merupakan destinasi yang terkenal untuk korang yang sukakan aktviti berkayak.

14. Hong Islands

Homg Island
Hong Islands merupakan gugusan 4 buah pulau yang dimiliki oleh National Marine Park. Hong Islands adalah antara kawasan pulau yang memiliki lanskap yang terindah di Krabi. 4 buah pulau di dalam Hong Islands adalah Koh Hong, Koh Lahding, Koh Pakbia dan Koh Rai.
Koh Hong adalah pulau yang tidak berpenghuni namun dihidupkan dengan kewujudan pelbagai jenis fauna termasuklah burung-burung dan biawak. Koh Lahding pula adalah sebuah pulau indah yang menempatkan kem sarang burung.

15. Tup Island

Tub Island
Air yang cetek, penuh dengan ikan yang cantik, Tup Island adalah destinasi yang cukup ideal bagi korang yang datang bersama keluarga. Bersnorkeling di sini memang bestlah! Pemandangan di kawasan sekitar pantai juga tidak mengecewakan, sangat menyejukkan mata.
Namun begitu, disebabkan ramai yang memiliki fikiran yang sama bahawa Tup Island ini adalah pulau yang cukup mempesonakan, ia boleh menjadi agak sibuk dengan kedatangan pelancong terutama pada musim cuti. Jadi, rancanglah perjalanan korang sebaik mungkin untuk memaksimakan keseronokan korang sekeluarga di Krabi.

16. Maya Bay

Maya Bay

Dunia atau syurga? korang pasti tertanya-tanya sendiri soalan ini apabila melawati Maya Bay, sebuah kawasan perairan teluk yang mampu membuat korang sekeluarga terlentang di pasir kerana begitu terpesona dengan keindahannya. Dikelilingi oleh tebing-tebing tinggi di sekitarnya, di dalam kawasan teluk ini terdapat beberapa buah pantai yang kecil dengan pasir putih dan air laut yang jernih.
Jangan lepaskan peluang untuk bersnorkeling di sini kerana korang dapat menyaksikan panorama bawah air yang sukar dilupakan, batu-batu karang yang berwarna-warni dan hidupan laut yang eksotik. Jangan lupa untuk membawa kamera kalis air ya!

 17. Ko Poda

Koh Poda
Sebaik korang turun daripada bot apabila sampai ke pualu Ko Poda, korang perlu berjalan kaki dalam 10 ke 15 minit untuk sampai ke kawasan yang lebih tenang daripada keriuhan pelancong lain. Keindahan pulau ini juga cukup memukau dengan air yang jernih dan suhu yang selesa untuk bermandi-manda dan bersnorkeling.
Jika korang berjalan sehingga ke hujung pantai korang dapat menikmati pemandangan pulau-pulau lain yang berdekatan seperti Koh Tub dan Koh Kai, sangat mengujakan! Di sini juga terdapat gerai-gerai yang menjual makanan seperti jagung bbq dan air kelapa. Apa lagi cara terbaik untuk menikmati keindahan alam kalau bukan sambil menjamu selera.

18. Phang Nga Bay

Phang Nga Bay

Phang Nga Bay adalah kawasan teluk yang menawarkan pemandangan yang agak berbeza ketika air surut dan air pasang yang mana ketika air pasang, gua-gua yang terdapat di sini akan ditenggelami air.
Oleh itu, sekiranya korang ingin menikmati pemandangan yang lebih indah, datanglah ketika air sedang surut. Yang membezakan Phang Nga Bay dengan tarikan lain di Krabi adalah tebing batu kapurnya yang kelihatan seperti timbul dari air. Cukup unik!

19. Wareerak Hot Spring Spa

Wareerak Hot Spring Spa
Setelah puas menjelajahi sekitar Thailand, manjakanlah badan korang dengan rawatan spa yang ditawarkan di Wareerak Hot Spring Spa. Terletak di dalam ketenangan alam rimba dan jauh dari gangguan kota, rawatan spa di sini bukan sahaja dapat melegakan badan, malahan juga fikiran. Sekiranya korang mendapatkan rawatan spa penuh yang ditawarkan Wareerak, korang akan menerima urutan Thai satu badan yang cukup memuaskan.
Di samping itu, korang akan disajikan dengan makanan tengahari yang organik dan menyelerakan. Termasuk di dalam pakej ini juga adalah mandian di dalam kolam-kolam dengan suhu air yang berbeza, yoga Thai, sesi membuat kraftangan Thai dan waktu untuk bersantai di kawasan sekitar yang mendamaikan jiwa. Cukup sempurna!

20. Ton Pariwat Wildlife Sanctuary

Water Rafting Ton Pariwat Wildlife Sanctuary
Ton Pariwat Wildlife Sanctuary merupakan salah satu tempat menarik di Krabi yang terletak di Song Phraek dan meliputi kawasan rimba yang berkeluasan 100,000 hektar. Bagi pencinta alam, jangan sia-siakan kedatangan korang ke Thailand tanpa menerokai rimba ini. Hutan simpan ini menyediakan laluan berjalan kaki berkepanjangan 2 km.
Yang menariknya, sepanjang perjalanan ini korang dapat menyaksikan dengan lebih dekat bunga Rafflesia yang juga merupakan bunga eksotik yang terbesar di dunia, tapi kalau nak lagi best, datanglah pada waktu ketika bunga ini berkembang yang kebiasaannya pada akhir musim hujan dalam bulan Oktober.
Di samping bunga ini, sepanjang perjalanan ini juga korang akan dapat melihat  kawasan-kawasan memerhati burung, jadi jangan lupa untuk membawa teropong jika ke sini.
Kesimpulannya Krabi adalah destinasi yang wajib, harus dan mesti dilawati sekali dalam seumur hidup. Apa ditunggu-tunggu lagi? Sudah tahu kemana nak dituju di Krabi nanti kan? Cuma satu langkah sahaja lagi yang korang perlu lakukan sebelum mengajak keluarga korang berpacking, apa lagi kalau bukan untuk menempah pakej, nak tahu di mana korang boleh mendapatkan harga pakej yang murah? Tekan sahaja link ini www.wasap.my/601117628155/krabi  untuk pakej bajet ke Krabi. 
Akhir kata, semoga korang dan keluarga mendapat sebuah percutian yang terindah di Krabi! Jangan lupa untuk makan Tom Yam di sana, memang kaw punyalah!

Monday, 18 December 2017

Ada Apa Dengan Cameron Highland?

Walaupun tak sesejuk dahulu, Cameron Highlands masih dikunjungi kerana cuaca dan bunga-bunganya.

Jom tengok tempat yang boleh kita layan di sini.

1. Mossy Forest 

laluan ke Mossy Forest

Kalau anda pendaki gunung, kawasan Mossy Forest yang dikatakan tempat pengambaran filem Puteri Gunung Ledang bukanlah tempat baru. Tapi tempat tarikan ini tidak banyak diketahui orang.
Jika anda tidak mahu mendaki, dan hanya mahu ber jungle trekking dengan bantuan 4WD, anda boleh ke sini dengan bantuan jeep pemandu pelancong dan menaiki platform kayu sepanjang 150m yang disediakan oleh Jabatan Hutan Cameron Highlands.
Di sini anda ada kawasan hutan sejuk yang penuh dengan lumut  dari tanah hinggalah batang kayu, semuanya diliputi lumut hijau yang menyerap air seperti span basah. Anda juga dapat ihat bandar Ipoh dari kawasan gunung ini.
Cantik tapi seram. hehe
Tips kepada pengunjung:
1. Anda boleh datang dengan kenderaan sendiri atau dengan pakej pelancongan. Tetapi kerana jalannya yang sempit, mendaki dan cukup sukar, kebanyakan pemandu selalunya akan patah balik di separuh jalan kerana pemanduan yang sukar dan papan tanda yang kurang.
2. Jalan ke Mossy Forest melalui jalan yang sama ke Ladang Teh BOH Sg Palas tetapi anda akan melalui satu laluan lain di pertengahan jalan.
3. Bersedia dengan kasut dan pakaian yang sesuai untuk masuk ke hutan. Ia bakal basah dan berselut.
4. Anda dinasihatkan mengikuti pemandu pelancong jika tidak bersedia untuk memandu di kawasan sebegini.

2. Ladang Teh BOH

view dari atas cafe ladang teh BOH

Ladang Teh Boh Sungai Palas ini antara ladang teh terbesar di Asia Tenggara. Dan tarikan wajib bila anda ke Cameron. 
Ladang ini ada galeri pelawat dan kilang teh. Tapi kalau anda cuma mahu melayan panorama, anda boleh saja berehat di anjung kafe sambil minum teh dan makan kek lobak di dalam suasana aman.


Cuma masalah tempat ini satu. Tidak seperti Ladang Teh Bharat, jalan ke sini mencabar dan sempit. Jangan patah  semangat ya. Ramai pelancong sebenarnya datang ke sini setiap hari  dan buktinya ialah anda bakal berselisih dengan kereta lain dan bakal beratur panjang di kafe.
Tips kepada pengunjung:
1. Datang awal pagi jika anda mahu melihat teh diproses dari daun hinggalah ke serbuk. Bukan apa, proses ini selalunya berakhir pada jam 11 pagi.
2. Jalan masuk ke ladang ini seperti lorong kecil. Papan tandanya pun tersorok. Perlahankan kenderaan dan lihat papan tanda di kiri selepas Pekan Brinchang.
3. Jauh dari jalan besar Cameron ke pintu masuk ke ladang teh sekitar 3km. Masanya kira-kira 15 minit. Jalan yang sempit ini keadaannya seperti ular dipalu. Jadi hati-hati, bertolak ansur dan bunyikan hon di selekoh tajam
4. Siapkan duit ya? Harga makanan di ladang ini bukanlah murah. Jika berdua, sediakan sekitar RM50 untuk teh dan kek.

3. Big Red Strawbery Farm

boleh petik sendiri stawberry pilihan hati.
Dikatakan antara tempat tanaman strawberri terbesar dan paling selesa di Cameron Highlands, pusat The Big Red Strawberry Farm di Brinchang ini adalah tempat anda melihat tanaman strawberri sambil merasai beraneka hidangan berasaskan buah berkenaan.
Dimulakan oleh seorang pendatang India yang berhijrah ke sini sebelum Merdeka, (sewaktu umurnya hanya 15 tahun), ladang ini mempunyai kafe dan kedai cenderamatanya sendiri. Jadi selain merasai muffin dan aiskrim, anda juga boleh membeli teh dan pelbagai cenderamata lain untuk dibawa pulang.
Selain itu, tidak seperti kebanyakan ladang strawberri lain di Cameron yang dibina di cerun sungai, ladang ini agak landai dan tempat letak keretanya luas. Anda juga boleh bersenang-lenang memetik buahnya walaupun ketika hujan lebat kerana ia di bawah bumbung besar.

4. Cactus Valley

Sudah puas melihat bunga dan strawberri, dan ingin pula melihat pokok kaktus ? Datanglah ke Cactus Valley di pekan Brinchang ini.


pelbagai pilihan cactus untuk dibawa pulang
Menyimpan sekitar 1,000 spesies kaktus, dari yang hijau dan penuh duri kepada berbunga mekar, anda pasti ralit membelek pelbagai saiz kaktus yang dipamerkan di taman kaktus terbesar Cameron ini.
Taman yang dibina di cerun bukit menghadap pekan Brinchang ini dibuka seawal 8 pagi. Ia juga dalam jarak jalan kaki dari kedai-kedai di pekan ini. Jadi selepas sarapan, anda boleh terus ke sini, melihat kaktus dari China dan Belanda dan membeli sedikit untuk dibawa pulang.

5. Pasar Malam Brinchang

Tidur di Brincang? Jom jenguk pasar malam paling sejuk di Malaysia. 

comel-comel barangan
Pasar malam ini hampir sama dengan apa yang ada di Kea Farm Cameron. Bezanya ada makanan goreng-goreng di tempat ini. Jadi kalau anda pening mencari menu makan malam, jalan-jalan lah di sini. Mungkin ada aiskrim, mee goreng atau nasi ayam untuk anda cuba. Cuma seperti biasa, tempat letak kereta adalah masalah besar, dan kalau ada jem teruk bila hampir petang, ini mungkin sebab utamanya.
menjual sayur yang murah-murah

Sedikit Nota:
1. Pasar malam ini bukan lagi dekat dengan Star Regency Hotel. Ia dah bertukar ke Jalan Golden Hills ya?
2. Jaga-jaga beli makanan dari peniaga Indonesia. Selalunya taukeh mereka orang Cina, dan halal atau tidak itu bukan masalah mereka. Jadi untuk makanan, carilah peniaga Melayu.

6. Cameron Lavender

Terletak di Tringkap, taman yang dikenali sebagai Lavender Cameron ini boleh dilihat dengan jelas jika anda datang ke sini menggunakan jalan dari Simpang Pulai. 

purple lover wajib pergi sini

Namun begitu, tidak seperti namanya, taman ini bukan sahaja mempunyai lavender, tetapi juga pelbagai spesies bunga lain dan buah strawberi. Taman yang bersih ini tidaklah sebesar mana, tetapi jika anda bernasib baik datang pada musim lavender berbunga, anda pasti terpesona dengan barisan bunga-bunga ungu yang menghiasi taman ini.
banyak port untuk selfie. hehe

Oleh kerana anda bukan sahaja boleh memetik strawberri tetapi juga bunga daisi tempat ini cukup ideal jika anda dalam perjalanan pulang dan masih mencari buah tangan di saat-saat akhir.

7. Taman Agroteknologi Mardi

cantik landscapenya
Tempat ini jauh lebih selesa dari kebanyakan taman bunga Cameron. Full stop. Dan bunga-bunga yang beraneka warna di sini ditanam di dalam kawasan berbumbung. Jadi kalaupun hujan, anda boleh berteduh.
Taman Mardi di Cameron Highland ini juga cukup mesra pengunjung. Kalau anda sudah letih melayan bunga dan anggur, anda juga boleh menjamu selera di kafenya, membeli cenderahati atau solat di surau Mardi. Untuk anak anda, ada taman permainan kecil untuk mereka berseronok.

8. Muzium Time Tunnel

Nak imbau memori zaman kanak-kanak sambil ketawa kecil melihat koleksi barangan yang pernah anda gunakan satu masa dahulu? Moh ke sini.

luar muzium
Muzium ini muzium peribadi milik seorang anak Cina tempatan, See Kok Shan. Dibuka pada 2007, ia ada sekitar 1,000 memorabilia. Dari salinan kad pengenalan P. Ramlee, tin susu lama dan dapur minyak tanah hinggalah ke kerusi zaman British dan basikal merah posmen era Merdeka.
Tin susu lama yang tidak ditemui lagi di pasaraya.
Selain menyimpan barangan yang menjadi kegilaan pengumpul barangan antik, di muzium ini anda juga boleh melihat beberapa gambar lama yang menunjukkan sejarah Cameron Highlands yang sukar dijumpai di tempat lain.
Kalau anda mahu bernostalgia, masukkan muzium ini dalam senarai tarikan Cameron yang wajib anda lawati. Cuma pantau anak anda. Takut-takut si kecil bermain dengan memorabilia tanpa anda sedar. Kasihan tuan muzium.

9. Pasar Kea Farm


Pelbagai pilihan sayur yang fresh dan murah.
Kalau jalan tak sesak, singgah beli sayur, buah dan cenderamata dulu di pasar popular tepi jalan ini. Kalau anda datang pada hari minggu yang bukan waktu cuti sekolah, tempat ini tak sesesak mana. Tapi kawasan pasar tepi jalan ke Tringkap ini memang sesak dan jem kalau musim cuti dan hujung minggu.


Cenderahati untuk dibawa pulang
Ini mini Cameron. Kalau anda lapar, ada jagung bakar manis. Kalau anda suka bunga, banyak jenis bunga untuk dibawa balik. Dan kalau anda terasa mahu bersedekah sayur pada jiran, terlalu banyak pilihan yang boleh anda jumpa.
Senang cerita, kalau anda dalam perjalanan balik dan bonet masih kosong, banyak kaktus, strawberri, teh ataupun cenderamata seperti bantal peluk strawberri boleh anda beli di sini.
Cuma jangan seronok sangat sampai letak kereta sesuka hati di line kuning. Respek pengguna lain.
Satu lagi, ambil tahu dulu harga sayur sebelum membeli. Bukan apa, ada sayur yang harganya lebih murah di Mydin atau Tesco rumah anda.
10. Rose Center Cameron
Anda sukakan bunga? Jangan lupa ke Rose Center di Cameron yang terletak di Kea Farm ini. Walaupun namanya pusat ros, anda berpeluang melihat bukan sahaja bunga tersebut, tetapi juga ratusan jenis bunga-bungaan serta sayur-sayuran yang ditanam di kawasan berbukit.
Peminat Rose wajib kesini
Bergantung kepada musim, anda mungkin dapat melihat pelbagai bunga mekar ataupun bunga layu yang tidak diendahkan kerana kawasannya yang luas.
Tetapi jika anda membuat keputusan untuk datang, panjat anak tangga sehingga ke atas bukit. Anda bakal merasai bukan sahaja kesejukan angin bukit, tetapi juga melihat pemandangan Cameron Highland dari kawasan tanah tinggi.
Tips kepada pengunjung:
1. Tempat ini bercerun dan dipenuhi banyak anak tangga. Jadi ia kurang mesra untuk golongan warga emas atau yang berkerusi roda.
2. Jaga-jaga jika bersama si kecil. Denda untuk mereka yang memetik bunga ialah RM 50
3. Kawasan ini agak kurang terjaga. Kurangkan harapan anda dan anda akan lebih menyukainya.
Inginkan percutian bajet ke Cameron Highland pada harga bajet?
Jom join Cameron Highland Daytrip hanya RM99/pax dari KL Sentral. 
Yang pastinya anda akan enjoy sepanjang trip. Wasap/PM saya 011-17628155 atau like page kami https://www.facebook.com/gengkakitravelbkh/ untuk banyak lagi promosi!!

Tuesday, 5 December 2017

6 Shopping Street Yang Wajib Dikunjungi di Korea

Annyeonghaseo…


Di Korea ada banyak shopping street yang sering dikunjungi pelancong asing. Banyak kedai - kedai yang eyechatching dan banyak promo-promo menarik. Jadi kalau korang ada di Korea pastikan korang mengunjungi salah satu atau semua kawasan ini.
kat mana eh??
1. Myeongdong 

Myeongdong adalah salah satu destinasi wajib jika korang berada di Korea. Kerana disini banyak barang yang dijual terutama fashion. Dari brand lokal hingga brand international pun ada. Pilihan kosmetik yang beraneka jenis dengan diskaun-diskaun menarik serta fashion-fashion Korea yang up to date ada disini. Selain itu, Myeongdong menjadi salah satu tempat memburu koleksi merchandise idola-idola K-Pop korang. hehehe
Myeongdong Street


2.  Dongdaemun Fashion Town
Dongdaemun menyajikan aneka pilihan fashion up to date yang harga yang berpatutan. Berbagai macam jenis fashion yang korang boleh jumpa disini. Selain di Dongdaemun market, korang boleh pergi ke Lotte Fittin dan Dongdaemun Design Plaza untuk berbelanja atau sekedar refresing di kota yang hidup 24 jam ini.
Dongdaemun Fashion Town

3. Garosugil Road Sinsa-dong
Terletak di kawasan Gangnam, disini terdapat banyak cafe-cafe cozy dan unik  yang korang boleh ditemui sepanjang jalan. Selain itu disini terkenal juga dengan Line Friends Store-nya. Halal? korang jangan risau kat Korea nie banyak cafe-cafe yang menjual makanan yang halal ❤
Jika sampai di Korea tak salahnya korang nikmati suasana hingga malam hari disini. Di area ini banyak terdapat tempat-tempat unik, fashion butik dan berbagai macam kedai pakaian (butik), handmade accessories, dan kadang-kadang korang boleh tengok busker korea performed di sepanjang jalan.
Garosugil Road Sinsa-dong

5. Sinchon dan Ewha Womans University Area
Disini juga terkenal dengan kawasan anak muda kerana berada di kawasan yang berhampiran kampus. Disini banyak terdapat restoran terkenal dan kedai-kedai fashion dan make-up yang akan menjadi syurga bagi para wanita. hehee
Sinchon dan Ewha Womans University Area

6. Itaewon Special tourist zone
Itaewon terkenal untuk pelancong asing sebagai area yang menyajikan sesuatu yang vintage. Seperti barang-barang dari kulit, vintage shop, sporting shop dan furniture antik yang banyak dijual disini. Dan untuk yang Muslim, ada banyak pilihan restoran halal disini.
Itaewon Special tourist zone

Sudah ada didalam itinerary korang?
Ingin jalan-jalan ke tempat-tempat tersebut tanpa takut sesat dan buang waktu?. Serta tidak perlu risau masalah hotel, transport, itinerary dan sebagainya. Jom hubungi Azi 011-17628155 saja, maka Azi akan membantu membuat percutian korang heaven tanpa kuatir apapun di Korea ^_^

20 Tempat Menarik Di Krabi | Syurga Pencinta Pulau & Pantai Pasir Putih

Korang teringin bawa keluarga bercuti ke luar negara tapi tak mahu mengeluarkan wang yang banyak? Sawadikap! Mari kita ke Krabi! Sama ada i...